Pungutan Data Penglibatan Pelajar Dalam Kokurikulum Tahun 2012

PENGETUA / GURU BESAR

SMK/SMKA/ SMA/SK/SJK/SRK

 

Tuan/Puan,

Bagi menyempurnakan maksud tersebut di atas, Unit Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Ranau memohon jasa baik pihak tuan/puan agar dapat melengkapkan borang berkaitan dan menghantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Ranau (U/P: En. Noonja Bin Keh) sebelum atau pada 29hb  Februari 2012.

Muat turun borang >>DI SINI<<

Sekian untuk perhatian. Terima kasih.

Saya yang menurut perintah.

EN. NOONJA BIN KEH

Pegawai Meja Kokurikulum

Unit Pembangunan Kemanusiaan

Pejabat Pelajaran Daerah Ranau.

Penundaan Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum 2012 PPD Ranau

Salam 1 Malaysia.

 

Pengetua / Guru Besar

SMK/SMKA/SMA/SK/SRK/SJK(C)

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

02. Dukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat yang tersebut di atas telah ditunda kepada ketetapan berikut:

Tarikh : 27hb Januari 2012 (Jumaat)

Masa : 08.30 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat : Balai Minda, PPD Ranau

Pengerusi : En. Rusining Rusidi (Pegawai Pelajaran Daerah Ranau)

03. Bersama-sama ini disertakan surat penundaan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Segala kesulitan didahului dengan jutaan kemaafan.

Sekian dan terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

MOHD AYUB BIN JAMIRIN

Ketua Unit,

Unit Pembangunan Kemanusiaan,

Pejabat Pelajaran Daerah Ranau.

MUAT TURUN SURAT >>  DI SINI  <<

Arahan Kutipan Data Sistem Maklumat Murid (SMM) Tahun 2012

Salam 1 Malaysia.

 

Pengetua / Guru Besar,

SMK/SMKA/SMA/SK/SRK/SJK(C)

Daerah Ranau.

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Sabah akan mengadakan pengumpulan / kutipan data Sistem Maklumat Murid (SMM) pada 30 dan 31 Januari 2012. Untuk itu, Unit HEM, PPD Ranau akan membuat operasi kutipan data SMM bagi memenuhi keperluan seperti di atas bagi awal tahun 2012. Diharap pihak tuan/puan dapat mengambil tindakan dengan SEGERA dan memaklumkan pegawai yang terlibat untuk menghantar data SMM tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah Ranau sebelum atau pada 27 Januari 2012. Sila hantar atau emelkan teks fail data tersebut di alamat njakeh@yahoo.com.my. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pegawai meja SMM daerah En. Noonja Keh.

03. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

NOONJA BIN KEH

Pegawai Meja SMM,

Unit Pembangunan Kemanusiaan

Pejabat Pelajaran Daerah Ranau.

LAPORAN PROGRAM D1 PENGGAL 2 2011

Kepada;

Semua Guru Prasekolah,

Prasekolah KPM / Komuniti Daerah Ranau.

 

Tuan/Puan,

Sila muat turun INSTRUMEN PROGRAM D1 PENGGAL 2 untuk dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam bulan September dan Oktober 2011.

Laporan yang telah siap hendaklah dihantar kepada CIK FOO LEE YEN, Penyelaras Prasekolah, Unit Pengurusan Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Ranau sebelum atau pada 28 OKTOBER 2011.

Muat turun bahan di sini : INSTRUMEN D1 SEM 2 2011

Sekian dan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

FOO LEE YEN

Penyelaras Prasekolah,

Unit Pengurusan Sekolah,

Pejabat Pelajaran Daerah Ranau.

Maklumat Kokurikulum

Salam 1 Malaysia,

 

Perhatian kepada;

Semua Penolong Kanan Kokurikulum,

SMK/SMKA/SMA/SK/SJK(C)

Daerah Ranau.

Tuan/Puan,

Makluman kepada semua Penolong Kanan Kokurikulum sekolah-sekolah daerah Ranau.

Diharap dapat memuaturun Bahan Kokurikulum di bawah untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

Sila Muaturun: Bahan Kokurikulum 

Sekian dan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

Noonja Bin Keh,

Penyelia Kokurikulum,

Unit Pembangunan Kemanusiaan,

Pejabat Pelajaran Daerah Ranau.

 

 

 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Salam 1 Malaysia,

Semua Warga Pendidik,

Daerah Ranau.

 

Kami warga Pejabat Pelajaran Daerah Ranau, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin di atas sebarang kekurangan yang mungkin telah menimbulkan perasaan tidak selesa di kalangan warga pendidik daerah Ranau.

Semoga hari lebaran ini, kita dilimpahi rahmat dan berkat dari Illahi untuk terus berjuang demi anak bangsa tercinta.

 

 

 

Muaturun Kad Raya PPD Ranau. >>DI SINI<<

 
Salam Lebaran Ikhlas Dari,

 

Pegawai Pelajaran Daerah Ranau,

Semua Ketua Unit,

Semua Penyelia,

Semua AKS,

Pejabat Pelajaran Daerah Ranau.