PEJABAT PELAJARAN DAERAH RANAU

ppd.ranau@moe.gov.my :: Tel 088-875323 :: Fax 088-875515

  • ::Berita EMIS Terkini::

    Proses Kemaskini Data Emis Online Masih dialu-alukan dari semua sekolah. Untuk Makluman, Maklumat semua variable dalam Modul Enrolmen akan dikosongkan mulai 01/01/2010 bagi memastikan kesahihan maklumat enrolmen. Semua Guru Data hanya dibenarkan memasukkan data enrolmen bermula pada 02/01/2010. Terima kasih..
  • ::Petikan Akhbar::

    e-Kasih tentukan kelayakan pelajar terima bantuan 04/11/2009 2:47pm[Utusan] KUALA LUMPUR 4 Nov. – Sistem e-Kasih akan tetap menjadi panduan utama kerajaan dalam menentukan seseorang pelajar sekolah itu layak menerima bantuan kewangan atau sebaliknya. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sistem yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara itu lebih adil apabila ia berjaya menghakis berlakunya ketirisan dalam kerajaan mengeluarkan wang untuk bantuan pelajar sekolah. Katanya, ia terbukti berjaya apabila berdasarkan bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, kerajaan hanya mengeluarkan wang sejumlah RM2.8 bilion berbanding RM3.6 bilion bagi 2009. - Utusan
  • ::Maklumat Terkini::

    Sila layari Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat http://www.moe.gov.my/ untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini daripada Kementerian manakala layari http://..../jpnsabah/ untuk memperolehi maklumat-maklumat baru daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
  • ::Renungan Bersama::

    Jangan takut menambah saingan dengan membina orang lain, rezeki Allah begitu melimpah di bumi ini. Dan Allah telah menetapkan rezeki bagi setiap makhluk-Nya bahkan haiwan melata sekalipun ********************** TUNJUK MENJADI TELAGA BUDI, AJAR MENJADI SULUH HATI [Ada ilmu, curah-curahkanlah. Tidak akan rugi sedikit kalau ilmu itu dicurahkan. Bukan seperti harta dunia] ********************** "Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."
  • Kategori

  • Cuba Kira!!

    37,037 didarabkan dengan sebarang nombor dari 1 - 9, kemudian darabkan dengan 3, jawapannya pasti sama dengan nombor yang anda pilih. Misalanya, 37,037 X 4 X 3 = 44444 ************************ Jika anda darabkan 111,111,111 dengan 111,111,111 anda akan dapat jawapan 12345678987654321
  • Komen Terbaru

    • Arkib

    KURSUS PENGURUSAN DATA EMIS ONLINE AMBILAN 1 TAHUN 2009

    Posted by ppdranau on November 13, 2009




    Guru Data,
    Seperti dalam lampiran
     
     
    Melalui,
    Guru Besar,
    Sekolah Seperti dalam lampiran.

    Tuan/Puan,

    KURSUS PENGURUSAN DATA EMIS ONLINE AMBILAN 1 TAHUN 2009

    Dengan segala hormatnya, saya adalah diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas serta Surat dari Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Jabatan Pelajaran Sabah bertarikh 11hb November 2009 No Rujukan JP(SB)/1000(01)/04/01/(21) adalah berkaitan.

    02. Sehubungan dengan itu, berikut dilampirkan surat daripada Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Sila sahkan kehadiran tuan/puan melalui borang yang dilampirkan dan hantar ke Pejabat Pelajaran Daerah sebelum 13hb November 2009 untuk perhatian En Kamin Bin Muhalip.

    03. Keprihatinan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

    Sekian dan terima kasih.

    “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

    Saya yang menurut perintah,

    KAMIN BIN MUHALIP
    Ketua Unit ICT Dan Maklumat
    b/p Pegawai Pelajaran Daerah
    Pejabat Pelajaran Daerah
    Ranau
    *************************************************************************************
    *************************************************************************************
    SENARAI PESERTA KURSUS AMBILAN 1 TAHUN 2009
    BIL NAMA SEKOLAH PPD NO TEL
    1 MOKTAR MAULAH SK PEKAN RANAU RANAU 0138766544
    2 SALBIAH HAMIN SK MASILOU RANAU 0198992794
    3 JAIMAN MASIRIN SMK KUNDASANG RANAU 0195317154
    4 MOHD JASNI JAHANI SMK TIMBUA RANAU 0138999128
    5 DATU MOHD KHIDDAR  SK GUSI RANAU 0138722285
    6 SARIDIN MOLUSIN SK NALAPAK RANAU -
    7 HISYAMMUDIN LATIFF SK SRI GABUNGAN RANAU -
    *************************************************************************************