PEJABAT PELAJARAN DAERAH RANAU

ppd.ranau@moe.gov.my :: Tel 088-875323 :: Fax 088-875515

  • ::Berita EMIS Terkini::

    Proses Kemaskini Data Emis Online Masih dialu-alukan dari semua sekolah. Untuk Makluman, Maklumat semua variable dalam Modul Enrolmen akan dikosongkan mulai 01/01/2010 bagi memastikan kesahihan maklumat enrolmen. Semua Guru Data hanya dibenarkan memasukkan data enrolmen bermula pada 02/01/2010. Terima kasih..
  • ::Petikan Akhbar::

    e-Kasih tentukan kelayakan pelajar terima bantuan 04/11/2009 2:47pm[Utusan] KUALA LUMPUR 4 Nov. – Sistem e-Kasih akan tetap menjadi panduan utama kerajaan dalam menentukan seseorang pelajar sekolah itu layak menerima bantuan kewangan atau sebaliknya. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sistem yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara itu lebih adil apabila ia berjaya menghakis berlakunya ketirisan dalam kerajaan mengeluarkan wang untuk bantuan pelajar sekolah. Katanya, ia terbukti berjaya apabila berdasarkan bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, kerajaan hanya mengeluarkan wang sejumlah RM2.8 bilion berbanding RM3.6 bilion bagi 2009. - Utusan
  • ::Maklumat Terkini::

    Sila layari Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat http://www.moe.gov.my/ untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini daripada Kementerian manakala layari http://..../jpnsabah/ untuk memperolehi maklumat-maklumat baru daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
  • ::Renungan Bersama::

    Jangan takut menambah saingan dengan membina orang lain, rezeki Allah begitu melimpah di bumi ini. Dan Allah telah menetapkan rezeki bagi setiap makhluk-Nya bahkan haiwan melata sekalipun ********************** TUNJUK MENJADI TELAGA BUDI, AJAR MENJADI SULUH HATI [Ada ilmu, curah-curahkanlah. Tidak akan rugi sedikit kalau ilmu itu dicurahkan. Bukan seperti harta dunia] ********************** "Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."
  • Kategori

  • Cuba Kira!!

    37,037 didarabkan dengan sebarang nombor dari 1 - 9, kemudian darabkan dengan 3, jawapannya pasti sama dengan nombor yang anda pilih. Misalanya, 37,037 X 4 X 3 = 44444 ************************ Jika anda darabkan 111,111,111 dengan 111,111,111 anda akan dapat jawapan 12345678987654321
  • Komen Terbaru

    • Arkib

    DG41 ke DG44 untuk Guru Besar

    Posted by ppdranau on November 9, 2009




    Urusan Pemangkuan Guru Besar Pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) dari gred DG41 ke Gred 44 Secara Khas untuk Penyandang (KUP) Tahun 2009


    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Besar Gred DG41 ke DG44 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2009. Sehubungan itu, ketua-ketua Jabatan hendaklah mengemukakan perakuan bagi semua pegawai yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan

    Syarat-syarat Umum:
    1.  Disahkan dalam perkhidmatan atas Gred DG41
    2.  Mencapai Tahap Prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT tiga Tahun terakhir
    3.  Bebas daripada tindakan tatatertib
    4.  Telah mengisytiharkan harta
    5.  Lulus Tapisan Keutuhan SPRM
    6.  Bebas daripada senarai peminjam tegar
    7.  Lulus PTK
    8.  Diperakukan oleh Ketua Jabatan
    9.  Calon adalah dahulunya seoran PPLD yang menyandang Jawatan Guru Besar DGA32/DGA34 dan telah dilantik ke DG41 serta terus menyandang Jawatan Guru Besar
    10. Calon hendaklah berada di atas jawatan Guru besar tidak kurang 3 tahun selepas di lantik ke DG41

    Tarikh Tutup Peringkat PPD Ranau ialah pada 16hb November 2009  ( SUDAH TUTUP)

    Untuk maklumat lanjut sila muat-turun dokumen yang disertakan atau layari http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=434