PEJABAT PELAJARAN DAERAH RANAU

ppd.ranau@moe.gov.my :: Tel 088-875323 :: Fax 088-875515

  • ::Berita EMIS Terkini::

    Proses Kemaskini Data Emis Online Masih dialu-alukan dari semua sekolah. Untuk Makluman, Maklumat semua variable dalam Modul Enrolmen akan dikosongkan mulai 01/01/2010 bagi memastikan kesahihan maklumat enrolmen. Semua Guru Data hanya dibenarkan memasukkan data enrolmen bermula pada 02/01/2010. Terima kasih..
  • ::Petikan Akhbar::

    e-Kasih tentukan kelayakan pelajar terima bantuan 04/11/2009 2:47pm[Utusan] KUALA LUMPUR 4 Nov. – Sistem e-Kasih akan tetap menjadi panduan utama kerajaan dalam menentukan seseorang pelajar sekolah itu layak menerima bantuan kewangan atau sebaliknya. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sistem yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara itu lebih adil apabila ia berjaya menghakis berlakunya ketirisan dalam kerajaan mengeluarkan wang untuk bantuan pelajar sekolah. Katanya, ia terbukti berjaya apabila berdasarkan bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, kerajaan hanya mengeluarkan wang sejumlah RM2.8 bilion berbanding RM3.6 bilion bagi 2009. - Utusan
  • ::Maklumat Terkini::

    Sila layari Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat http://www.moe.gov.my/ untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini daripada Kementerian manakala layari http://..../jpnsabah/ untuk memperolehi maklumat-maklumat baru daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
  • ::Renungan Bersama::

    Jangan takut menambah saingan dengan membina orang lain, rezeki Allah begitu melimpah di bumi ini. Dan Allah telah menetapkan rezeki bagi setiap makhluk-Nya bahkan haiwan melata sekalipun ********************** TUNJUK MENJADI TELAGA BUDI, AJAR MENJADI SULUH HATI [Ada ilmu, curah-curahkanlah. Tidak akan rugi sedikit kalau ilmu itu dicurahkan. Bukan seperti harta dunia] ********************** "Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."
  • Kategori

  • Cuba Kira!!

    37,037 didarabkan dengan sebarang nombor dari 1 - 9, kemudian darabkan dengan 3, jawapannya pasti sama dengan nombor yang anda pilih. Misalanya, 37,037 X 4 X 3 = 44444 ************************ Jika anda darabkan 111,111,111 dengan 111,111,111 anda akan dapat jawapan 12345678987654321
  • Komen Terbaru

    • Arkib

    PERBINCANGAN PERKHIDMATAN SCHOOLNET BERSAMA JPN

    Posted by ppdranau on November 4, 2009




    Semua Pengetua/Guru Besar
    Sekolah-Sekolah Daerah Ranau,
    SABAH

    Tuan/Puan,

    PERBINCANGAN PERKHIDMATAN SCHOOLNET BERSAMA JPN

    Dengan segala hormatnya, saya adalah diarah merujuk surat daripada Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi JPN Sabah Ruj: JP(SB)/1000(03)/700/01/02(36) bertarikh 26hb Oktober 2009 yang diterima di Pejabat ini pada 276hb Oktober 2009 mengenai perkara tersebut di atas dan telah dimaklumkan kepada pihak tuan/puan secara lisan pada 02hb November 2009 dalam Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Daerah Ranau.

    02. Sehubungan dengan itu, jasa baik pihak tuan/puan dipohon untuk melengkapkan borang seperti yang dilampirkan dan dikembalikan ke Pejabat ini sebelum atau pada 09hb November 2009 untuk perhatian En Kamin Muhalip atau melalui email : ppd.ranau@moe.gov.my

    03. Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

    Sekian dan terima kasih.

    “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

    Nota : Muat Turun Borang Isu Projek SchoolNet 
    [Sila muat turun Borang Isu Projek SchoolNet pada pautan di atas]